✿✿✿ awakawak gula haty saya ✿✿✿

TABUNG KAWEN SAYA

Selasa, 23 Oktober 2012

oh my pinkylicious

obsess dengan pink ? 
yes bagi ina.
HAHA .
banyak benda yang berwarna pink nie berjaya menarik hati ina
mengusik kalbu gituu .
WAH .

dan oleh sebab keobsessan itu ina 
sedang hangat-hangat tahi ayam mengumpul duit ,
hasil titik peluh keringat ina untuk membeli
pinkylicious yg berjaya mengoncang naluri wanita ina .
ceh .
hopefully , mission ina akan berjaya .
walaupun lambat ^^

#1 : samsung galaxy note PINK 
(benda nie buat ina angau je, tatau pe yang best tapi rase nak miliki nya , ohWanita!)

#2 : nikon pink 
(takkesahla model ape , asalkan nikon pink . yang nie harus miliki)

#3 : perfume Guess Pink . 
(dah survey banyak kali , totally oneday akan sedaya upaya memilikinya)


orang perempuan nie tak leh lari dari obsess dengan sesuatu .
including me !
insyaAllah , usaha tangga kejayaan .
BHAHA .


4th years BABEH!

e m p a t  t a h u n !
yup , empat tahun ina simpan rase nie ,
empat tahun ina butakan segala-galanya .
butakan haty, butakan mata, butakan perasaan sendiri , butakan dunia sendiri .
empat tahun ina cube pertahankan segala-galanya .
akhirnya ina akur dengan ketentuan ilahi .

pasrah dengan segala-galanya .
Alhamdulillah,dengan izinNYA .
ina berjaya lepaskan semuanya

after all . im feeling so GOOD .
heaven ^^
syukur alhamdulillah .

perasaan TAK pernah menipu

ade sesuatu kadangkala berlaku diluar jangkaan kita .
sesuatu yang tak pernah kita duga .
tak pernah sangkakan ia akan berlaku dalam hidup kita .
sampai kadangkala , kita keliru sama ada ia benar benar terjadi or sebaliknya .
perasaan ?
pernah tak kita mengelak dan menidakkan sesuatu perasaan ?
keliru ?
mengambil masa untuk berfikir sejenak adakah ia benar ?
hmmm ,
tapi sebenarnya setelah berfikir dan merenungkan nya .
yes , kita akan sedar 
bahawa perasaan yang hadir dalam diri kita 
dalam hati kita, takkan pernah menipu kita .



eiyna

Jumaat, 19 Oktober 2012

ustaz don dan wife = SWEET

yeah , 
ustaz don dah kawin , semua orang dah tahu pasal nie .
haha .
ramai la awek awek yang frust kan sebab ustaz idola 
dah pun sah menjadi suami orang .

ina ok je .
maintain , tak frust pon .
malah tumpang bahagia .
Alhamdulillah , satu lagi masjid dah terbina .

cume kat sini ina nak kongsi sweetnye mereka di hari bahagia mereka .
semoga jodoh mereka berkekalan selamanya ,
dan bahagia hingga ke akhir hayat .


 *sweet sangatttt *
 *sama cantik , sama padan *
 *suka dia punye pelamin , simple but just nice*
 *me ? insyaAllah *
*alhamdulillah*

pengakhiran ;')

lagu untuk dia ,
dengan ucapan " bye awak , thanks"


". . . oh Tuhan tolong lah aku, hapuskan rasa cintaku, 
aku pun ingin bahagia walaupun tak bersama dia . . . "

cik gadis dan bunga ^^

gadis dan bunga dah macam sinonim plak kan ?
gadis mana taksuka bunga ?
hari tu ina ada g tengok wayang cerita HANTU KAPCAI ,
ade adengan tuh di mana neelofa buang bunga bunga yang dibagi oleh boy
yang minat kat dia .
hampir setiap hari kot boy tuh bagy bunga kat dia ,
last last dia buang .

mak aii , bapak belagak .
sayang la buang ,
lebih baik bagi kat ina .
hehe ^^

ina dah bosan abes tahap dah nie .
nak tido tak dapat lelap ,
so melalut je la kat incik blog nie .


cair dowh klau ada mamat jiwang bagi bunga ^^
rase nak guling guling je .
<3 p="p">

aku terima nikahnya . . .

entah kenapa sejak ina tahu pasal cerita nie , 
hati ina jadi tak sabar sabar nak menonton cerita nie .
duk tunggu punya la lame sampai filem nie ditayangkan .
dari pada pembikinan lagi , 
memang ternanti nanti .
sekarang filem nie dah pon ditayangkan di pawangan
tapi sayang .
seribu kali sayang , 
ina belum lagi bkesempatan untuk tengok cerita nie .
padahal cerita nie la yang ina tunggu berkurun lamanya .

masa membataskan ina untuk pegi tengok cerita nie .
hadoih , frust dowh !
nak g tengok ari tu terdemam la plak .
tak lame lagy ina da nak bercuti mid-semester .
so maybe bakal pulang ke kampung halaman selama seminggu lebih .

so , 
ina nekad ! esok ina nak g tengok cerita nie .
nekad ! nekad ! nekad !
kalau tak xtenteram hati nie .

hehe ^^

filem yang ditunggu , siap kau ! HAHA


oh my ADI , wait for me !

p/s : cik rumate da sihat kan , so esok tolong k, bawak saya g tengok  nie . sayang awak !!

hey hey !

hey incik blog !
rindu awak sangat !
saya datang jenguk awak . .
saya tahu saya telah lupakan awak . . 
sorry , masa saya sangat limited untuk bersama awak .
tapy saya tetap akan bersama awak .

awak kan incik dairy saya yang paling setia .